Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Petunjuk, misteri sebuah signal frekuensi

    Ulasan Buku oleh Raz AS

    DARIPADA penulis karya laris novel All the Missing Girls dan The Perfect Stranger, Megan Miranda, telah terbit sebuah novel thriller hebat, Come Find Me, mengenai dua remaja yang saling terkait apabila mereka menjumpai frekuensi radio yang penuh misteri, yang menunjukkan bahawa tragedi yang menimpa keluarga mereka masing-masing adalah mempunyai kaitan yang misteri.

    Terselamat daripada tragedi yang hangat diperkatakan yang menimpa keluarganya, Kennedy Jones yang berusia 16 tahun meneruskan misi pencarian kosmos yang dijalankan oleh abangnya dahulu. Namun tiba-tiba sebuah frekuensi telah mengganggu radio teleskopnya, yang datang dari arah yang sepatutnya tidak mempunyai sebarang signal.

    Di perkampungan yang berjiran, Nolan Chandler, 17 tahun, berazam untuk mencari tahu kebenaran di sebalik apa sebenarnya yang terjadi terhadap abangnya, yang hilang sehari setelah Nolan mendapat firasat yang tidak baik. Tidak ada sebarang petunjuk dijumpai dalam masa dua tahun, sehinggalah Nolan menangkap signal aneh yang datang dari arah bilik tidur abangnya.

    Bertemu kerana signal aneh itu dan tragedi yang menimpa keluarga mereka, Nolan dan Kennedy mencari arah punca frekuensi misteri tersebut. namun apa yang mereka temui, membuatkan mereka percaya bahawa semuanya adalah saling berkaitan, termasuk masa silam mereka, dengan signal tersebut sepertinya adalah untuk mereka sahaja, membawa mesej yang hanya mereka dapat fahami.

    Adakah sesuatu akan datang untuk mendapatkan mereka? Atau frekuensi itu memberi amaran bahawa sesuatu itu sudah ada berdekatan mereka? Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan novel karya Megan Miranda, iaitu Come Find Me di pasaran berdekatan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda