BANDAR SERI BEGAWAN, 26 FEB – Peugeot mencatat satu lagi mercu tanda dalam sejarah dengan pelancaran logo baharunya, hari ini, lambang yang dihiasi dengan kepala singa.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, logo sekarang diubah untuk menerajui peralihan jenama dalam pasaran berkelas mewah. Sejak 1850, Peugeot telah menukar 10 logo berturut-turut, kesemuanya memaparkan lambang singa.
Logo versi ke-11 yang dilancarkan, adalah lebih kemas, kualitatif dan elegan. Ia dicipta oleh Peugeot Design Lab, studio reka bentuk jenama global Peugeot.
Selepas membaik pulih kenderaannya dalam tempoh 10 tahun lalu, Peugeot mencipta semula logonya untuk bersaing seiring dengan perkembangan produknya.
Logo baharu melambangkan nilai-nilai baharu jenama Peugeot, iaitu tak lapuk dek zaman, sejagat dan identiti berbilang budaya dan sinonim dengan prestij, keyakinan dan moden.
Dengan pelancaran logo baharu ini, jenama Peugeot dijangka menawan pasaran baharu, mempertingkat pertumbuhan antarabangsa serta memasarkan keunggulan teknologi Perancis.
Selain kempen penjenamaan, Peugeot juga melancarkan koleksi produk gaya hidup baharu yang menarik dan berkualiti, pakaian, produk kulit, aksesori fesyen, aksesori elektronik, pinggan mangkuk, alat tulis, pembungkusan dan sebagainya selaras dengan identiti jenama baharu itu.
Matlamat Peugeot adalah menawarkan pelanggannya satu jenama yang memenuhi keperluan mereka.
