Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peugeot rai ulang tahun ke-210

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OGOS – Peugeot telah memulakan sambutan bagi meraikan 210 tahun kewujudannya, kelmarin, dengan logo khas telah dihasilkan bagi sambutan ulang tahun berkenaan.

    Menurut kenyataan yang diberikan, logo Lion Brand yang direka oleh pereka-pereka di studio Peugeot Design Lab berkenaan akan menjadi lambang bagi semua acara yang berkaitan dengan sambutan tersebut.

    Kenyataan menyatakan, syarikat Peugeot Freres Aines secara rasmi diasaskan pada 26 September 1810 dan selama lebih dua abad, keluarga Peugeot telah tampil bagi revolusi fesyen dalam abad ke-19 kemudian revolusi mobiliti, dengan basikal dan kereta. Ia adalah jenama yang dibentuk oleh kreativiti, jurutera dan pereka, yang selama lebih dua abad telah menggoncang norma untuk membaharui standard mobiliti. Menerusi gabungan berkenaan, Peugeot tidak pernah berhenti melalui perubahan sebagai satu jenama dan telah menjadi lebih kukuh untuk menghadapi masa depan dengan ketenangan.

    Peugeot meraikan kewujudannya selama lebih dua abad dengan majlis sambutan yang telah bermula pada 26 Ogos. – Gambar serahan Peugeot

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda