Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peugeot rai ulang tahun, tampil lebih berinovasi

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Pada 26 September lalu, Peugeot meraikan ulang tahun ke-210 penubuhannya dengan berani, bersemangat dan inovasi di mana dalam masa itu, jenama Peugeot terus bergerak ke hadapan dan mereka semula standard bagi pergerakan.

    Dalam tempoh lebih dua abad, dunia terus berubah di mana dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini, kehidupan seharian telah melalui perubahan yang besar dan pantas bukan sahaja dari segi pendigitalan tetapi juga dari segi pemikiran, corak penggunaan serta kaedah pergerakan yang baharu.

    Sepanjang tempoh itu, Peugeot terus peka dengan perubahan dan turut bergerak ke hadapan dari segi perkhidmatan yang ditawarkan dan juga pemasaran kenderaan baharu yang berjaya.

    Oleh itu, bagi meraikan ulang tahun berkenaan, Peugeot mengadakan pelbagai acara yang unik dan menarik sepanjang tempoh dua bulan termasuk memperkenalkan logo istimewa bagi ulang tahun jenama berkenaan dan mengadakan Kempen Promosi 2.1.0 Let’s Go bermula pertengahan Ogos hingga hujung 2020.

    Peugeot terus peka dengan perubahan dan turut bergerak ke hadapan dari segi perkhidmatan yang ditawarkan dan juga pemasaran kenderaan baharu yang berjaya. – Gambar serahan Peugeot
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda