Monday, September 16, 2024
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pewaris tunggal takhta Jepun genap 18 tahun

    TOKYO, 6 SEPT – Jepun mempunyai seorang calon suami idaman baharu hari ini apabila Putera Hisahito, harapan terakhir keluarga diraja untuk meneruskan kelangsungan warisan jangka panjang, genap berusia 18 tahun.

    Walaupun majlis rasmi sambutan hari keputeraannya telah ditangguhkan sekurang-kurangnya sehingga 2025 supaya beliau dapat menamatkan persekolahan, menurut Agensi Kediaman Diraja, mereka menyiarkan video beliau berjalan-jalan di dalam hutan, mengatakan beliau ‘amat meminati’ sejarah semula jadi.

    “Saya berharap dapat mempelajari lebih banyak melalui setiap pengalaman, memahami pelbagai aspek dan berkembang maju melaluinya,” kata putera itu.

    Hisahito adalah satu-satunya anak lelaki Putera Mahkota Akishino, 58, dan Puteri Mahkota Kiko, 57, dan merupakan pewaris kedua untuk menggantikan bapa saudaranya, Maharaja Naruhito, 64.

    Naruhito mempunyai seorang anak perempuan, Aiko, 22, tetapi dia tidak boleh menggantikan bapanya di bawah Undang-undang Keluarga Diraja, yang berkuat kuasa sejak 1947, disebabkan jantinanya. – AFP

    Imej daripada Agensi Rumah Tangga Diraja menunjukkan Putera Hisahito di taman empayar Istana Akasaka di Tokyo, pada 15 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda