Sunday, July 13, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pfizer: Dos penggalak 95.6% berkesan

    FRANKFURT, 21 OKT – Suntikan penggalak vaksin anti-COVID-19 yang dibangunkan oleh Pfizer/BioNTech adalah 95.6 peratus berkesan mengatasi jangkitan bergejala, menurut data percubaan disiarkan hari ini.

    Percubaan fasa klinikal ketiga ke atas ’10,000 peserta berusia 16 tahun ke atas’ menunjukkan keberkesanan vaksin relatif sekitar 95.6 peratus menentang penyakit semasa tempoh apabila Delta adalah strain tersebar meluas’, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

    Kajian menunjukkan ‘keputusan awal’ percubaan penggalak, dengan suntikan vaksin ketiga menghasilkan keputusan ‘profil keselamatan baik’.

    “Keputusan ini memberikan bukti selanjutnya mengenai manfaat penggalak ketika kami berhasrat untuk mengekalkan orang ramai dilindungi daripada penyakit ini,” kata CEO Pfizer, Albert Bourla.

    Keputusan awal akan dikongsi bersama agensi-agensi pengawal selia ‘secepat mungkin’, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

    Beberapa buah negara sudah pun meluluskan suntikan penggalak COVID-19 untuk meningkatkan imuniti dalam badan mereka yang sudah divaksinasi, tetapi juga kepada mereka yang perlindungannya mungkin telah menurun selepas beberapa bulan, mengikut beberapa kajian.

    Di Amerika Syarikat (AS), Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) meluluskan dos ketiga pada September kepada sesiapa yang berusia 65 tahun ke atas, serta orang ramai yang berisiko tinggi mendapat COVID-19 teruk.

    Agensi Perubatan Eropah (EMA) meluluskan dos penggalak kepada individu berusia 18 tahun ke atas pada permulaan Oktober, membolehkan pengawal selia kebangsaan untuk menentukan kumpulan mana harus diberikan dahulu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda