Thursday, July 17, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pfizer minta EU lulus vaksin untuk kanak-kanak 5-11 tahun

    BERLIN, 15 OKT – Syarikat farmaseutikal, Pfizer dan syarikat bioteknologi, BioNTech mengatakan mereka telah meminta agar vaksin COVID-19 buatnya dibenarkan untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di seluruh Kesatuan Eropah (EU).

    Sekiranya pengawal selia EU bersetuju, ini adalah peluang pertama bagi kanak-kanak di Eropah untuk mendapat imunisasi terhadap COVID-19.

    Pfizer dan BioNTech mengatakan bahawa mereka telah menyerahkan data kepada Agensi Ubat-ubatan Eropah, termasuk hasil peringkat akhir daripada kajian yang menguji vaksin COVID-19 pada lebih dari 2,200 kanak-kanak berusia enam bulan hingga 11 tahun. Kanak-kanak akan diberikan dos yang lebih rendah berbanding dengan dos yang diberikan kepada orang dewasa.

    Syarikat-syarikat itu mengatakan dalam satu kenyataan bahawa hasilnya menunjukkan ‘tindak balas imun yang kuat’ pada kanak-kanak dan vaksin tersebut didapati selamat. Tidak ada vaksin COVID-19 yang diluluskan untuk digunakan pada kanak-kanak di bawah 12 tahun di Eropah atau Amerika Utara; vaksin yang dibuat oleh Pfizer-BioNTech dan Moderna dibenarkan untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas di Kesatuan Eropah.

    Pada awal bulan ini, Pfizer dan BioNTech meminta Pentabdiran Makanan dan Ubat-ubatan AS untuk meluluskan vaksin mereka untuk diberikan kepada kanak-kanak berusia lima tahun hingga 11 tahun. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda