WASHINGTON, 1 DIS – Pfizer mula mengusahakan versi vaksin COVID-19 yang khusus menyasarkan varian Omicron sekiranya vaksin semasa tidak berkesan terhadap varian terbaharu itu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Albert Bourla berkata syarikatnya mula menguji vaksin semasa terhadap varian Omicron, yang pertama kali dilaporkan di Afrika Selatan dan mencetuskan semula kebimbangan terhadap gelombang global jangkitan COVID-19, lapor AFP.
“Saya tidak fikir hasilnya akan menunjukkan vaksin tidak memberi perlindungan.
“Tetapi ujian itu boleh menunjukkan bahawa yang sedia ada kurang melindungi, bermaksud kita perlu mencipta vaksin baharu.
“Jumaat ini, kami membuat acuan DNA pertama, yang juga perubahan pertama yang mungkin berlaku dalam proses pembangunan vaksin baharu,” katanya.
Johnson & Johnson Isnin lalu juga berkata ia menghasilkan vaksin varian khusus bagi Omicron dan akan me-majukannya mengikut keperluan.
Moderna, satu lagi pengeluar vaksin COVID-19 terkemuka memaklumkan ia sedang membangunkan suntikan penggalak terhadap varian baharu itu.
Bourla berkata dia juga sangat yakin bahawa pil antivirus Pfizer yang diumumkan baru-baru ini akan berfungsi sebagai rawatan untuk jangkitan yang disebabkan oleh mutasi, termasuk Omicron.– AFP
