Tuesday, March 18, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pfizer naikkan jangkaan keuntungan jualan vaksin

    NEW YORK, 28 JULAI – Pfizer meningkatkan pendapatan tahunan dan ramalan keuntungannya hari ini ketika ia menjangkakan penghantaran sebanyak 500 juta lagi dos vaksin COVID-19 berbanding dan ramalan sebelumnya.

    Inokulasi dua suntikan menjelaskan lebih 40 peratus jualan Pfizer dalam suku kedua, menaikkan pendapatan berbanding tempoh setahun lalu.

    Ketua Eksekutif Pfizer, Albert Bourla berkata lebih satu bilion dos vaksin telah dihantar, berkata ‘kecepatan dan keefisienan usaha kami bersama BioNTech untuk membantu pemvaksinan dunia menentang COVID-19 telah mencapai tingkat yang tidak pernah berlaku dahulu.”

    Pengeluar ubatan AS yang bekerjasama dengan BioNTech Jerman dalam menghasilkan vaksin, kini menganggarkan telah menghantar 2.1 bilion dos, menjana jualan sebanyak AS$33.5 bilion.

    Ramalan hasil jualan syarikat itu pada Mei adalah sekitar AS$26 bilion bagi 1.6 bilion dos selama setahun.

    Pfizer berkata margin keuntungan pracukai ke atas jualan vaksin COVID-19 adalah sekitar lebih 20 dalam terma peratus, sama seperti yang diramalkan sebelumnya.

    Dalam suku kedua, Pfizer melaporkan keuntungan sebanyak AS$5.6 bilion, meningkat 59 peratus dari tempoh setahun lalu dengan peningkatan 92 peratus dalam jumlah pendapatan kepada AS$19 bilion. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda