Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Pfizer sasar vaksin subvarian Omicron

    THE HAGUE, 10 OGOS – Badan pengawal selia ubat-ubatan Kesatuan Eropah (EU) berkata hari ini ia berhasrat meluluskan vaksin Pfizer/BioNTech khas untuk dua subvarian Omicron yang menular amat pantas, pada musim luruh ini.

    Varian BA.4 dan BA.5 telah mencetuskan gelombang kes baharu di Eropah dan Amerika Syarikat (AS), mendorong Pertubuhan Kesihatan Sedunia memberi amaran pandemik masih belum berakhir.

    Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA) berkata ia telah melancarkan kajian terhadap versi baharu vaksin Pfizer yang menyasarkan dua jenis varian berkenaan, yang lebih mudah berjangkit dan mampu menembusi sistem ketahanan berbanding versi COVID sebelumnya.

    “EMA menjangka menerima satu permohonan vaksin BA.4 dan BA.5 yang dibangunkan oleh Pfizer/BioNTech, yang akan dinilai untuk kelulusan pada musim luruh,” beritahu jurucakap EMA kepada AFP dalam satu kenyataan.

    Ia akan berlaku ‘sejurus selepas’ dua vaksin lain yang dibangunkan Pfizer dan pesaing Moderna diluluskan, yang menyasarkan virus COVID asal dan subvarian Omicron BA.1 terdahulu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...