Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    PFNBD adakan majlis tahlil

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April – Persatuan Fotografi Negara Brunei Darussalam (PFNBD) hari ini telah mengadakan Majlis Membaca Yasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran sempena ulang tahun ke-50 penubuhan persatuan.

    Majlis yang berlangsung di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit Kampung Manggis/Madang itu antara lain diadakan untuk memperingati penubuhan persatuan di samping memperingati dan mendoakan warga pertubuhan yang telah kembali ke rahmatullah.

    Selain itu, majlis juga menyaksikan penyampaian wakaf yang disempurnakan oleh Yang Di-Pertua PFNBD, Haji Hamidun bin Haji Mohd Noor kepada imam Masjid Suri Seri Begawan Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Awang Nuzli bin Haji Jumaat.

    Sumbangan wakaf berupa satu unit peti sejuk, satu unit pembersih hampagas dan empat unit kipas angin berkenaan turut disaksikan oleh Penasihat-penasihat PFNBD, Haji Jumat bin Haji Taha dan Haji Mohd Yusof bin Mohd Yassin.

    Turut hadir pada majlis itu ialah penasihat pertubuhan dan mantan-mantan Yang Di-Pertua persatuan.

    Penyampaian wakaf daripada PFNBD yang disempurnakan oleh Haji Hamidun kepada Awang Nuzli.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda