Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    PGA, Jelajah Eropah jalin kerjasama selama 13 tahun

    WASHINGTON, 29 JUN – Jelajah PGA dan Jelajah Eropah mengumumkan akan menjalin kerjasama selama 13 tahun, di mana ia akan mengukuhkan lagi ikatan untuk mengatasi Siri Golf LIV yang dibiayai oleh Arab Saudi, kelmarin.

    Kerjasama baharu itu akan dilanjutkan sehingga 2035 dibuat selepas pengumuman pakatan strategik pada November lalu yang menyaksikan sekatan bersama bagi kejohanan Terbuka Scotlan, Kejohanan Barbasol dan acara kejohanan Barracuda untuk memberikan lebih banyak peluang bermain.

    Ia juga akan menjadi penentu hala tuju pemain untuk berpindah dari Jelajah Eropah ke Jelajah PGA.

    Bermula tahun 2023, seramai 10 pemain terbaik dalam ranking Jelajah Eropah akan layak menerima kad Jelajah PGA untuk musim berikutnya.

    Langkah tersebut juga bertujuan untuk meningkatkan lagi nilai hadiah utama bagi kedua-dua jelajah setelah Golf LIV menarik beberapa pemain terbaik selepas menyediakan hadiah utama terbesar dalam sejarah sukan golf.

    Matthew Wolff adalah salah seorang pemain yang menyertai Golf LIV, baru-baru ini. – AP

    Kejohanan Golf LIV mula diadakan di England pada awal bulan ini dan acara keduanya pula akan berlangsung Khamis ini di Pumpkin Ridge, Oregon.

    Sementara itu, kejohanan tersebut dijalankan dengan format 54-lubang bagi setiap perlawanan berpasukan dan perseorangan.

    Dustin Johnson, Patrick Reed, Bryson DeChambeau, Brooks Koepka, Phil Mickelson dan Sergio Garcia merupakan antara pemain yang membuat pilihan untuk menyertai Golf LIV walaupun kejohanan berkenaan dikaitkan dengan kekhuatiran mengenai isu hak asasi manusia oleh kalangan ahli kewangan Arab Saudi.

    Jelajah PGA telah melarang 17 ahli terkini dan lama yang menyertai acara pertama LIV dan memberi amaran untuk melaksanakan penggantungan mereka jika para pemain mengambil bahagian dalam kejohanan berkenaan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...