Wednesday, April 16, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    PGA Sarawak rampas balak bernilai RM5.7 juta

    KUCHING, 15 APRIL – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak berjaya menumpaskan kegiatan pembalakan haram dan merampas 400 batang kayu balak bernilai kira-kira RM5.7 juta dalam Op Taring Libas di Jalan Selangau, Sibu semalam.

    Komander PGA Briged Sarawak, SAC Dr Che Ghazali Che Awang berkata enam lelaki terdiri dari empat warga tempatan berumur 38 hingga 61 tahun, serta dua rakyat Indonesia berusia 32 dan 47 tahun turut ditahan dalam serbuan kira-kira 10 pagi itu.

    “Turut dirampas ialah sebuah kenderaan, dua jentera berat jenis kobelco, serta sebuah jentolak yang digunakan untuk kegiatan pembalakan itu. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM5,728,000 berdasarkan harga pasaran semasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

    Beliau berkata tangkapan dan kesemua barang rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Hutan Cawangan Bintulu untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Ordinan Hutan Sarawak 2015 serta Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda