Saturday, December 28, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    PGA tumpas 431 kes rentas sempadan sehingga Mac

    PASIR MAS, 10 APRIL – Pasukan Gerakan Am (PGA) Kelantan telah menahan 373 individu dan merampas pelbagai barang dianggarkan bernilai RM18.5 juta dalam menangani 431 kesalahan jenayah yang dikesan di sempadan Malaysia sejak Januari hingga Mac lepas.

    Komander Briged Tenggara, SAC Sheik Azhar Sheik Omar berkata rampasan itu melibatkan barangan kontraban, dadah, senjata api dan lain-lain yang cuba diseludup melalui sempadan Malaysia-Thailand.

    “Kejayaan ini adalah hasil kolaborasi PGA bersama penguat kuasa lain yang berkongsi maklumat untuk membantu menumpaskan kegiatan penyeludupan.

    “Kita terus komited dalam melaksanakan penugasan Op Taring Wawasan dengan penambahbaikan infrastruktur serta aset logistik bagi melancarkan penugasan untuk mengawal sempadan negara,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan biskut raya kepada petugas di Balai Polis Jeram Perdah, di sini hari ini.

    Sheik Azhar berkata dalam tempoh sama pihaknya turut menahan 379 pendatang tanpa izin di sempadan Malaysia-Thailand melalui operasi yang dijalankan. – Bernama

    Sheik Azhar beramah mesra bersama pegawai dan anggota ketika meninjau penugasan Op Taring Wawasan di Balai Polis Jeram Perdah, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda