PG&E sasar pelepasan karbon sifar-bersih

SACRAMENTO, CALIFORNIA, 9 JUN — Utiliti terbesar Amerika kelmarin telah menggariskan rancangan berdekad-dekad yang bertujuan mengurangkan pelepasan sifar-bersih gas rumah hijau dengan lebih cepat di samping kekal menggunakan gas asli bagi menghasilkan janakuasa.

Rancangan Pacific Gas & Electric (PG&E) adalah untuk mengeluarkan sebanyak karbon yang boleh daripada ruang udara seperti yang dikeluarkan menjelang 2040 iaitu lima tahun lebih awal daripada matlamat yang ditetapkan oleh utiliti kedua terbesar negeri itu, California dan Southern California Edison.

Strategi iklim utiliti itu juga memerlukan matlamat jangka pendek yang lebih bercita-cita tinggi.

Ini termasuk menurunkan pelepasan gas rumah hijau kepada 50 peratus di bawah paras tahun 2015, memperluaskan penggunaan biogas yang dicipta apabila sisa makanan dan bahan-bahan organik lain terurai agar ia membentuk sebanyak 15 peratus daripada pengeluaran gas aslinya serta memastikan sebanyak 70 peratus daripada bekalan elektriknya datang daripada sumber yang boleh diperbaharui seperti solar dan angin. Semua strategi yang disenaraikan di atas dijangka akan dilaksanakan menjelang 2030.

Sementara itu, PG&E juga merancang bagi menambah stesen pengecasan yang mencukupi untuk menggerakkan sebanyak tiga juta buah kenderaan elektrik dan akan membantu pelanggan menukar peralatan berkuasa gas bagi pilihan elektrik.

PG&E turut meramalkan pengeluaran gas aslinya akan berkurangan sebanyak 40 peratus menjelang 2030 berbanding paras tahun 2015. – AP

Gambar menunjukkan paip air menuju ke sistem penyejukan Stesen PG&E berhampiran Maxwell, Calif pada 15 November 2011. – AP