Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    PGGMB adakan majlis kibar bendera

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JULAI – Menaikkan Bendera Kebangsaan merupakan tanggungjawab bagi setiap rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam setiap tahun.

    Sehubungan dengan itu, Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB) tidak ketinggalan menggalas tanggungjawab berkenaan dengan mengadakan majlis menaikkan bendera negara yang berlangsung di Sekolah PGGMB Sungai Akar, kelmarin.

    Hadir sama menjayakan upacara berkenaan ialah Yang DiPertua PGGMB Sesi 2025-2028, Haji Mustapa bin Haji Masri; Haji Awang Abdul Alim bin Awang Haji Othman; dan Guru Besar Sekolah PGGMB Sungai Alar, Cikgu Maswati Airin Partah binti Ahmad. Turut hadir adalah Guru-guru Besar Sekolah Tunas Jaya PGGMB, Penyelia Taska PGGMB, para guru, kakitangan sekolah dan murid- murid Sekolah PGGMB Sungai Akar.

    Selain daripada menanamkan rasa kecintaan dan taat setia ke hadapan majlis Baginda Sultan, acara berkenaan juga merupakan sebagai pendidikan moral bagi mendidik, membina jati diri serta tanggungjawab anak-anak sekolah supaya menanamkan semangat patriotisme serta cintakan kepada Raja dan Negara.

    Semua di atas: Antara suasana semasa majlis berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN PGGMB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda