Thursday, April 17, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    PGGMB adakan majlis sambutan Aidilfitri

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 APRIL – Bagi memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Raya, Sekolah Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB), tidak ketinggalan mengadakan aktiviti tahunan, Majlis Sambutan Aidilfitri yang berlangsung di Sekolah PGGMB Sungai Akar, hari ini.

    Hadir dan menyempurnakan penyampaian hadiah pada majlis berkenaan ialah Setiausaha Agung PGGMB, Haji Mustapa bin Haji Masri.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Jawatankuasa Tadbir PGGMB, Guru Besar Sekolah, Dayang Maswati Airin Patrah binti Ahmad; Mantan Guru Besar, Haji Ali bin Haji Tarip; guru-guru serta murid-murid sekolah.

    Pada majlis berkenaan, Dayang Maswati Airin Patrah dalam ucapannya menggariskan beberapa tujuan majlis berkenaan di mana antaranya adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan para murid, guru-guru, kakitangan sekolah dan Jawatankuasa Tertinggi PGGMB, mengamalkan pengajaran yang diamalkan sepanjang bulan suci Ramadan, memupuk nilai-nilai murni positif semasa Hari Raya Aidilfitri berkenaan.

    Acara itu juga dihasratkan untuk mencungkil minat, bakat dan potensi para murid dalam nyanyian dan persembahan yang disertai serta sebagai penghargaan dan tanda terima kasih kepada Haji Ali, atas komitmen, dedikasi dan kewibawaannya dalam menerajui serta memimpin sekolah berkenaan.

    Majlis sambutan diisikan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Doa Selamat, Takbir Hari Raya, persembahan daripada murid-murid tadika, rendah bawah, rendah atas, guru-guru sekolah serta penyampai-an hadiah bagi persembahan dan pakaian tercantik.

     Semua di atas: Antara suasana semasa sambutan berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda