Wednesday, February 12, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    PGGMB adakan upacara naikkan bendera

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 FEB – Negara Brunei Darussalam akan meraikan ulang tahun Hari Kebangsaan ke-40 tahun (HK40) pada 23 Februari ini.

    Sehubungan itu, dalam usaha untuk sama-sama memeriahkan lagi acara sambutan dan meningkatkan semangat patriotisme kalangan warga persatuan dan pelajar-pelajar sekolah, Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB) meraikan sambutan berkenaan dengan Upacara Menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Sekolah PGGMB Sungai Akar, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan sama-sama menyertai dalam acara tersebut ialah Yang Dipertua PGGMB, Haji Awang Abdul Alim bin Haji Awang Othman.

    Acara itu turut disertai oleh ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PGGMB, guru-guru besar, guru-guru serta murid-murid Sekolah PGGMB Sungai Akar.

    Acara dimulakan dengan penyerahan bendera oleh Haji Abdul Alim kepada Guru Besar Sekolah PGGMB Sungai Akar, Haji Ali @ Mustapa bin Haji Talip.

    Bendera itu seterusnya diserahkan kepada dua orang pelajar untuk dinaik-kibarkan dengan diiringi oleh lagu kebangsaan, Allah Peliharakan Sultan disusuli dengan laungan, Allahu Akhbar, sebanyak tiga kali.

    Majlis diakhiri dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Awang Ahmad Samhan bin Haji Abdullah dari Sekolah PGGMB Sungai Akar.

    Pelajar menaikkan bendera Negara Brunei Darussalam dengan diiringi oleh lagu kebangsaan, Allah Peliharakan Sultan, dalam majlis yang berlangsung di Sekolah PGGMB Sungai Akar, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN PGGMB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda