Monday, July 8, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    PGGMB anjur upacara menaikkan bendera

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JULAI – Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) mengadakan Upacara Menaikkan Bendera Sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan  Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-78 tahun yang diadakan di Sekolah Tunas Jaya PGGMB Kampung Madang pada 3 Julai lalu.

    Hadir selaku Tetamu Kehormat pada upacara itu ialah Setiausaha Agung PGGMB, Haji Mustapa bin Haji Masri.  Upacara itu turut disertai sama oleh guru-guru besar sekolah-sekolah PGGMB dan guru-guru serta murid-murid Sekolah Tunas Jaya PGGMB Madang.

    Acara dimulakan dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan Dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam dan diikuti penyerahan bendera oleh Haji Mustapa kepada Guru Besar Sekolah Tunas Jaya PGGMB Madang, Cikgu Ismail bin Haji Tia, yang seterusnya menyerahkan bendera berkenaan kepada dua orang pelajar sekolah yang diamanahkan untuk menaikkan bendera.

    Semasa bendera dinaikkan, semua perserta yang hadir sama-sama menyanyikan lagu kebangsaan, ‘Allah Peliharakan Sultan’.

    Sejurus selepas bendera dinaikkan, semua yang hadir sama-sama melaungkan ‘Daulat Kebawah Duli Tuan Patik’ sebanyak 3 kali dan diteruskan dengan nyanyian lagu sekolah ‘Pendidikan Teras Kehidupan’.

     Satu lagi acara khas dipersembahkan iaitu bacaan puisi oleh dua orang pelajar bertajuk ‘Raja Berjiwa Rakyat’. Majlis pagi itu diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai lagu, Hari Keputeraan Dirgahayu.

    Haji Mustapa bergambar ramai dengan pelajar-pelajar Sekolah Tunas Jaya PGGMB Madang selepas upacara berkenaan. – GAMBAR SERHAHAN SEKOLAH PGGMB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6 skala Richter landa Jepun

    KUALA LUMPUR, 8 JULAI - Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada jam 4.01 pagi tadi.  Jabatan Meteorologi Malaysia...