Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    PGGMB bantu ahli terjejas banjir di Tutong

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 21 Feb – Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB), semalam, telah menghulurkan sumbangan kewangan kepada 11 orang ahlinya yang terjejas dalam kejadian banjir di Daerah Tutong baru-baru ini.

    Sumbangan telah disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua PGGMB, Haji Badar bin Haji Ali pada majlis yang diadakan di salah sebuah rumah ahli yang dilanda banjir di Kampung Penapar.

    Hadir sama di majlis itu ialah Ketua Kampung Penapar, Haji Mahmud bin Abdul Latif yang juga terjejas dalam bencana banjir.

    Mereka yang menerima derma merupakan ahli-ahli yang tinggal di Kampung Penapar dan Kampung Lubuk Pulau, Mukim Tanjong Maya.

    Gambar ramai bersama ahli-ahli PGGMB yang hadir dan menerima sumbangan derma.

    Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Naib Yang Dipertua PGGMB bagi Daerah Tutong, Haji Mohd Said bin Haji Mohd Nor kemudian disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Tetap PGGMB, Haji Jamal bin Haji kahar.

    Dalam ucapannya, Haji Jamal menekankan bahawa PGGMB akan sentiasa melaksanakan tanggungjawabnya dalam membantu dan memeduli hal-ehwal kebajikan ahli-ahlinya termasuk dalam bentuk bantuan derma kebajikan.

    Sumbangan derma berkenaan diungkayahkan oleh Bahagian Kebajikan PGGMB untuk membantu meringankan bebanan ahli-ahli kerana rumah-rumah kediaman mereka terjejas akibat banjir besar dan mengakibatkan kerosakan harta benda.

    PGGMB juga berhasrat untuk menghulurkan bantuan yang sama kepada ahli-ahli yang terjejas banjir di daerah-daerah lain.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda