Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    PGGMB hadiri Persidangan ACT+1 di Filipina

    Oleh Sim Y.H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 SEPT – Delegasi seramai 16 ahli Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) yang terdiri dari Jawatankuasa Tertinggi, Jawatankuasa Tadbir, Guru-guru Besar dan ahli PGGMB bertolak ke Cebu City, Filipina bagi menghadiri Persidangan ASEAN Council of Teachers (ACT+1) kelmarin.

    Delegasi PGGMB diketuai oleh Yang DiPertua PGGMB, Haji Mustapa bin Haji Masri.

    Persidangan selama tiga hari bermula 19 hingga 21 September itu dianjurkan oleh Philippine Public School Teachers Association (PPSTA) dan diadakan di Waterfront Cebu City Hotel, Salinas Drive, Lahug, Cebu City, Filipina.

    Persidangan ACT + 1 merupakan aktiviti tahunan Persekutuan Guru-Guru ASEAN yang terdiri dari Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, Singapura, Vietnam, Laos, Kemboja, Vietnam dan Korea.

    Pada persidangan yang membawa tema Educators: Humanizing Education Amidst Rapidly Changing Landscapes, Negara Brunei Darussalam akan membentangkan dua kertas pembentangan yang mana pertama ialah Country Report diwakili oleh Kementerian Pendidikan dan pembentangan kedua semasa sesi selari yang akan disampaikan oleh Guru Besar dari STJ PGGMB Lambak.

    Persidangan ACT + 1 diharap akan dapat memberikan pengetahuan, kemahiran dan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran kepada delegasi PGGMB bagi meningkatkan inovasi dan evolusi pengajaran serta pembelajaran sejajar dengan perubahan dunia landskap pendidikan pada masa ini.

    Haji Mustapa yang mengetuai delegasi PGGMB yang menghadiri Persidangan ACT+1 yang berlangsung di Filipina.- GAMBAR SERAHAN PGGMB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda