Friday, September 13, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    PGGMB sambung lawatan sekolah Labuan

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OGOS – Rombongan guru-guru sekolah Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) meneruskan lawatan kerja dengan mengadakan lawatan dua buah sekolah kerajaan dan sebuah sekolah swasta di Wilayah Persekutuan Labuan, kelmarin.

    Rombongan yang diketuai oleh Setiausaha Agung PGGMB, Cikgu Haji Mustapa bin Haji Masri mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Kallam, Sekolah Kebangsaan Kerupang dan Sekolah Antarabangsa Labuan.

    Ketiga-tiga sekolah berkenaan merupakan antara sekolah yang memiliki prestasi dan pencapaian akademik yang cemerlang, pencapaian kokurikulum yang cemerlang di peringkat negeri dan kebangsaan, pengurusan dan pentadbiran sekolah yang dinamik dan efektif serta penglibatan dan kolaborasi dengan PIBG yang sangat baik dan berterusan. Komitmen para murid, ibu bapa dan pihak sekolah dalam memajukan sekolah serta meningkatkan kecemerlangan akademik adalah sangat baik dan berterusan.

    Semasa lawatan itu, Guru Besar Sekolah PGGMB Sungai Akar, Cikgu Haji Ali @ Mustapa bin Haji Talib menyatakan lawatan kerja itu adalah sangat signifikan dan dapat memberikan idea ke arah memaju dan meningkatkan kualiti serta pencapaian sekolah dalam pelbagai aspek.

    Gambar ramai rombongan  PGGMB semasa di Sekolah Antarabangsa Labuan.
    Gambar ramai rombongan PGGMB di SK Kerupang.

    Gambar ramai rombongan PGGMB di SK Bukit Kallam – GAMBAR SERAHAN PGGMB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda