Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OGOS – Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB) tidak ketinggalan untuk mengadakan Majlis Sempena Awal Tahun Baharu Hijrah 1444 yang berlangsung di Ibu Pejabat PGGMB, di ibu negara, kelmarin.
Hadir pada majlis berkenaan ialah Yang Di-Pertua PGGMB, Haji Awang Abdul Alim bin Haji Awang Othman serta ahli-ahli jawatankuasa tertinggi dan tadbir PGGMB.
Majlis didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa oleh Haji Aziman bin Haji Zaman dan diikuti dengan tazkirah awal tahun baharu Hijrah yang disampaikan oleh Pengarah Bahagian Agama PGGMB, Haji Rusli bin Haji Mohd Salleh.
Acara diteruskan dengan penyampaian pembahagian keuntungan (dividen) kepada ahli-ahli Syarikat Kerjasama dan Bantu Membantu (SKS & BM) PGGMB bagi tahun kewangan 2021.
Pada acara itu, enam orang penerima telah hadir dan menerima wang keuntungan yang disampaikan oleh pengarah SKS & BM persekutuan berkenaan, Dr Haji Mahali bin Haji
Momin.
Majlis turut memaklumkan bahawa penerima-penerima lain yang belum mengambil dividen masing-masing adalah dialu-alukan untuk mengambilnya di Ibu Pejabat PGGMB, pada waktu-waktu terdekat.
