Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    PGGMB serahkan bantuan kepada KACA

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 NOV- Sebagai usaha serta sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Koprat (SCR) kepada persatuan yang memerlukan kerjasama dan bantuan dalam meningkatkan kualiti pembelajaran serta pengajaran di negara ini,

    Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) telah menghulurkan bantuan kewangan kepada Persatuan Kanak-Kanak Cacat (KACA), baru- baru ini.

    Bantuan itu diharapkan dapat membantu persatuan berkenaan dalam usaha berterusannya untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang mampan serta holistik bagi pelajar-pelajarnya.

    Sumbangan bantuan berkenaan telah diserahkan oleh Guru Besar Sekolah Tunas Jaya PGGMB Madang, Cikgu Surimah binti Kawi kepada Pengarah Urusan KACA, Awang Abdul Alim bin Awang Haji Othman.

    Hadir bagi menyaksikan penyerahan bantuan berkenaan ialah Yang DiPertua PGGMB, Haji Mustapa bin Haji Masri.

    Mengulas mengenai bantuan berkenaan, Haji Mustapa menyatakan harapan berharap bantuan itu akan dapat mengeratkan dan mengukuhkan lagi jaring kerjasama serta kolaborasi yang positif dalam kerangka meningkat dan memajukan kualiti pendidikan di peringkat kanak- kanak lagi.

    Melalui usaha berkenaan, adalah diharapkan para kanak-kanak akan kelak dapat menjadi insan yang berpendidikan dan berjaya dalam mengharungi badai kehidupan yang mencabar ini.

    Surimah (kiri) menyerahkan bantuan kepada Awang Abdul Alim (kanan) dengan disaksikan oleh Haji Mustapa (tengah). – GAMBAR SERAHAN PGGMB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda