Thursday, March 20, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    PGGMB sumbang 1,800 buku teks

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 DIS – Sebagai usaha berterusan untuk membantu golongan yang memerlukan, Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) menyumbangkan kira-kira 1,800 naskhah buku teks dan kerja sekolah bagi keperluan pendidikan kanak-kanak Bajau Laut di Pulau Mabul, Sabah.

    Majlis penyerahan sumbangan ehsan berkenaan telah diadakan di Dewan Sekolah PGGMB, Sungai Akar, hari ini.

    Hadir untuk menyerahkan sumbangan buku-buku berkenaan ialah Yang Dipertua PGGMB, Haji Yussof bin Haji Mohammad kepada wakil Syarikat Co. Lab, Awangku Mohamad Marjuki Iskandar bin Pengiran Haji Metussin.

    Menurut PGGMB, Syarikat Co. Lab ialah sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan yang akan menyelaraskan penghantaran buku-buku yang disumbangkan itu ke pusat pembelajaran, Big John Learning Centre di Sabah yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kebajikan kanak-kanak Bajau di pulau berkenaan.

    Menurut kenyataan Syarikat Co. Lab, dianggarkan 170 orang kanak-kanak Bajau yang berusia antara lima hingga 12 tahun hidup di pulau berkenaan dan rombongan Syarikat Co. Lab dijadualkan berlepas ke Sabah pada 9 Disember nanti bagi menyerahkan sumbangan berkenaan.

    Pihak PGGMB menyatakan bahawa sumbangan itu merupakan salah satu kegiatan kemasyarakatan PGGMB yang dilaksanakan selaras dengan kehendak undang-undang yang diperuntukkan dalam perlembagaan persekutuan.

    Sumbangan itu dihasratkan sebagai bantuan kemanusiaan yang diharapkan merupakan kehidupan mereka ke arah yang lebih baik.

    Haji Yussof (kanan) menyerahkan sumbangan ehsan daripada PGGMB kepada Awangku Mohamad Marjuki Iskandar di majlis yang berlangsung di Dewan Sekolah PGGMB Sungai Akar, kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda