Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    PGT, MEIIOI dan Asia Tours tingkat promosi di China

    GEORGE TOWN, 16 JUN – Penang Global Tourism (PGT) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan MEIIOI Group Media Communication Co Ltd dan Asia Tours Satellite TV International Media Group Co Ltd untuk mempromosikan Pulau Pinang kepada segmen audiens yang lebih meluas di China.

    Ketua Pegawai Eksekutif MEIIOI Group, Jeffrey Yeoh berkata perkongsian strategik itu akan menyediakan promosi secara percuma tentang pelancongan di Pulau Pinang di China, Hong Kong dan Macau menerusi platform media massa.

    “Dalam tempoh yang singkat, industri pelancongan Pulau Pinang telah 60 peratus pulih semula dan dijangka pulih 100 peratus tahun ini berikutan kerajaan yang stabil dan aktif,” katanya kepada pemberita pada majlis pemeteraian MoU itu di sini, hari ini.

    Yeoh berkata dengan promosi lebih meluas beliau melihat prospek yang lebih baik bagi industri pelancongan di Pulau Pinang. – Bernama

    Gambar freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda