Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pharmaniaga lancar fasiliti pengilangan vaksin, insulin pertama Malaysia

    PUCHONG, 19 SEPT – Pharmaniaga Berhad mencatat sejarah apabila menjadi syarikat pertama di negara ini yang mempunyai fasiliti pengilangan insulin dan vaksin sekali gus mampu memperkukuh keterjaminan bekalan ubat-ubatan negara.

    Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kejayaan pembukaan dan operasi fasiliti biofarmaseutikal yang berteknologi tinggi dengan nilai pelaburan berjumlah RM300 juta itu dilaksanakan dengan kerjasama Boustead Holdings Berhad dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

    Beliau berkata fasiliti itu dapat mengurangkan kebergantungan kepada ubat-ubatan import sekali gus membebaskan negara daripada terperangkap dengan pelbagai eksploitasi oleh pemain utama di peringkat global.

    “Fasiliti pengilangan vaksin dan insulin Pharmaniaga ini satu-satunya yang terdapat dalam negara ini, kilang berkenaan boleh mengeluarkan insulin dan juga vaksin untuk 13 jenis penyakit justeru menerusi perasmian fasiliti ini akan dapat membantu keterjaminan ubat negara.

    “Kejayaan pembukaan fasiliti ini sejajar dengan komitmen LTAT di bawah kerangka Ekonomi MADANI, yang mahukan kita meningkatkan daya cipta dan nilai industri farmaseutikal Malaysia, khususnya dalam penghasilan produk biofarmaseutikal tempatan,” katanya dalam sidang media Majlis Perasmian Fasiliti Pengilangan Insulin dan Vaksin di Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd, hari ini. – Bernama

    Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) melancarkan fasiliti pengilangan insulin dan vaksin yang pertama di Malaysia pada 19 September. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda