NETHERLANDS, 30 JAN – Syarikat elektronik dan peralatan perubatan Belanda, Philips, berkata akan mengurangkan 6,000 pekerjaan di seluruh dunia dalam tempoh dua tahun akan datang setelah mengumumkan kadar kerugian bersih sebanyak 1.6 bilion euro (AS$1.7 bilion) pada 2022, merosot berbanding keuntungan bersih 3.3 bilion euro tahun sebelumnya.
Kerugian pekerjaan tersebut adalah susulan pengurangan 4,000 pekerja yang diumumkan oleh syarikat itu pada bulan Oktober.
Syarikat yang berpangkalan di Amsterdam itu berdepan dengan pemulangan semula peralatan mesin tidur, apnea secara global dan masalah ekonomi termasuk isu-isu berkaitan COVID di China dan perang di Ukraine. – AP