Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Philipsen menang peringkat kedua TDF

    NOGARO, FRANCE, 5 JULAI – Jasper Philipsen berjaya memenangi peringkat kedua Tour de France (TdF) berturut-turut, ketika tumpuan terarah kepada beberapa kemalangan pada kelajuan tinggi berlaku di laluan trek motosikal di Nogaro, semalam. Pelumba Alpecin, Philipsen, menamatkan saingan pada kelajuan melebihi 67kmsj dan mendahului keseluruhan dalam persaingan mata pecut selepas menewaskan Caleb Ewan dan Phil Bauhaus.

    Pelumba Belgium itu sungguh terkejut dan meluahkan rasa syukur kerana tidak terlibat dalam insiden jatuh tersebut.

    “Saya tidak pernah mengalami penyudah seperti itu sebelum ini, selekoh itu sempit dan saya sangat gembira kerana tidak terjatuh,” kata penunggang berusia 25 tahun itu.

    Rakan sepasukannya, Mathieu van der Poel turut memberi pandangan mengenai tindakan meletakkan garisan penamat di litar lumba itu.

    “Litar tidak semestinya lebih selamat daripada jalan raya. Saya sangat bersyukur kerana dapat menjaga keseimbangan dan mencipta peluang bagi Jasper,” katanya.

    Reaksi Jasper Philipsen meraikan kemenangannya di atas podium selepas memenangi perlumbaan berbasikal Tour de France edisi ke-110, di barat daya Perancis, pada 4 Julai. – AFP

    Philipsen juga bersetuju dengan pandangan tersebut.

    “Mungkin kerana perlumbaan pada hari ini agak membosankan dan perlahan, para pelumba menjadi lebih gementar. Selekoh-selekoh tersebut juga lebih teknikal daripada yang saya jangkakan.

    “Malangnya, ini adalah sukan yang berisiko dan ia tidak mungkin selalu menjamin keselamatan sepenuhnya.”

    Fabio Jakobsen antara pelumba yang terlibat dalam kemalangan tersebut dan dia berada di samping Philipsen ketika kejadian berlaku. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda