Wednesday, May 7, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Phu Chi Fa ditutup susulan pertempuran di Laos

    BANGKOK, 6 MEI – Pertempuran bersenjata yang jarang berlaku di Laos, dipercayai berkaitan dengan penyeludupan dadah, telah memaksa Thailand menutup sebuah lokasi pelancongan popular di kawasan pergunungan sempadan serta mencetuskan amaran keselamatan dari Amerika Syarikat (AS).

    Pegawai taman negara Thailand kelmarin mengumumkan bahawa kawasan tinjauan indah Phu Chi Fa, terletak di sempadan dengan Laos di wilayah Chiang Rai utara, ditutup sehingga diberitahu kelak.

    Kedutaan AS di Vientiane menggesa rakyatnya yang berhasrat untuk ke wilayah Bokeo supaya menimbang semula rancangan mereka, susulan laporan tentang ‘pertempuran antara tentera Laos dan kumpulan bersenjata tidak dikenali’.

    “Pihak berkuasa tempatan telah meminta tahap keselamatan ditingkatkan, termasuk penambahan sekatan jalan tentera dan kehadiran anggota tentera,” menurut kenyataan laman web kedutaan tersebut.

    Kekacauan jarang berlaku di Laos yang diperintah secara komunis, namun negara itu merupakan sebahagian daripada ‘Segi Tiga Emas’ – kawasan sempadan bersama Myanmar dan Thailand – yang menjadi pusat utama perdagangan dadah Asia Tenggara selama beberapa dekad.

    Radio Nasional Laos hari ini melaporkan bahawa pasukan rondaan sempadan bertempur dengan penyeludup dadah di Bokeo pada Sabtu lalu dan berjaya menahan empat suspek. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda