Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Piagam hak Iran tiada kuasa ke atas kehakiman

    TEHRAN, 29 Jan – Piagam hak asasi Iran yang baru menggariskan kebebasan bersuara, memprotes dan perbicaraan adil namun tidak termasuk penahanan ketua-ketua pembangkang dan dwi kenegaraan, penggubal rang undang-undang itu mengatakan hari ini.

    Piagam Hak Asasi Warga, dikeluarkan akhir bulan lalu oleh pejabat Presiden Hassan Rouhani, mewujudkan kebebasan termasuk hak untuk perbicaraan dalam mahkamah terbuka tanpa penahanan sewenang-wenangnya.

    Namun Elham Aminzadeh, penolong khas kepada penggubal mengenai kewarganegaraan Rouhani itu, memberitahu AFP dalam satu temu bual bahawa rang undang-undang itu tidak mempunyai kuasa ke atas bidang kehakiman atau parlimen dan hanya meliputi perkhidmatan sivil dan bahagian lain eksekutif.

    “Saya tidak dapat meletakkan satu perkara dalam piagam ini bagi kehakiman atau rang undang-undang,” kata Aminzadeh yang menghabiskan masa tiga tahun membuat kompilasi dokumen itu.

    Ditanya mengenai penahanan rumah berterusan tanpa perbicaraan ke atas pemimpin pembangkang semenjak protes antikerajaan dalam 2009, dia mengatakan: “Ia tidak berkaitan dengan eksekutif atau kuasa pentadbiran. Ia sesuatu yang lain. Saya tidak dapat menjawabnya.”

    Manakala mengenai perbicaraan individu yang mempunyai dwi kewarganegaraan yang baru-baru dipenjarakan selepas perbicaraan mahkamah tertutup, Aminzadeh mengatakan: “Banduan keselamatan mempunyai proses khas di dalam kehakiman. Kami tidak dapat mengatakan apa-apa mengenai banduan keselamatan khas.

    “Kami memaklumkan kepada pihak kehakiman, namun ia hanya percakapan dan makluman –tidak lebih daripada itu,” tambahnya. AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda