LOS ANGELES, 1 MAC – Pemain tenis nombor dua dunia, Rafael Nadal berjaya menjuarai jelajah ATP pertama beliau pada tahun ini, selepas menang mudah ke atas pemain bukan pilihan, Taylor Fritz dalam straight set, 6-3, 6-2, dalam pusingan final Terbuka Mexico pada Sabtu lalu.
Pemain berusia 33 tahun, Nadal, bermain dalam kejohanan pertama beliau selepas tewas dalam pusingan suku akhir Terbuka Australia pada bulan Februari lepas, tidak tewas dalam semua set dan meningkat 19-2 sepanjang masa dalam kejohanan ini.
Beliau merangkul kejuaraan Terbuka Mexico buat kali ketiga setelah menjadi juara pada tahun 2015 dan 2013.
“Saya sangat gembira. Saya telah bermain dalam kejohanan yang hebat bermula dari permulaan hingga ke final,” ujar Nadal. “Acapulco merupakan kejuaraan terbesar pertama saya sepanjang karier saya, untuk berada di sini selepas 15 tahun adalah sangat hebat.
“Saya tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa membuatkan saya seperti berada di tempat sendiri.”
Nadal tidak membuang masa untuk menewaskan Fritz, perlawanan tersebut merupakan perjumpaan mereka kali pertama.
Pemenang Grand Slam sebanyak 19 kali tersebut membuat lapan kesilapan tidak sengaja dan memerlukan hanya satu ace tetapi dalam perlawanan final set kedua untuk meraih mata kejuaraan.
Nadal telah memenangi kejuaraan buat kali 17 tahun berturut-turut. – AFP
