Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Piala Aewon jadi rebutan

    Oleh Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Persatuan Bola Keranjang Daerah Belait (BDBA) akan menganjurkan edisi ketiga Kejohanan Terbuka Bola Keranjang Lelaki Piala Aewon 2019, yang dijadualkan berlangsung pada 15 September ini.

    Sehubungan dengan itu, satu majlis penyerahan barangan tajaan telah diadakan pagi tadi di kilang Aewon, Salambigar.

    Mewakili syarikat tersebut ialah Pengarah Urusan Aewon, Lau Chai Seng, yang menyerahkan barangan tajaan kepada Pengerusi BDBA, Koo Kong Loi. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengerusi Pertama, Johnny Chong; pengurus Aewon, Justin Hong dan ahli-ahli jawatankuasa BDBA.

    Piala Aewon bakal direbut oleh lapan pasukan yang akan berentap di Gelanggang Bola Keranjang Kampung Baru, Seria nanti.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda