Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Piala Asia: Jangan lepas peluang tarik perhatian dunia

    KUALA LUMPUR, 20 JUN – Tumpuan meluas terhadap Piala Asia menyaksikan kejohanan bola sepak berprestij itu sebagai platform terbaik buat barisan pemain Malaysia, menempa nama tersendiri bagi menarik perhatian kelab antarabangsa.

    Pada saingan Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), sebanyak 836.6 juta peminat berinteraksi melalui platform digital, yang menjadikan ia jumlah tertinggi dalam sejarah penganjuran kejohanan itu selain hampir menggandakan jumlah 434 juta tontonan televisyen pada edisi 2015 di Australia. Capaian di laman Facebook rasmi Piala Asia 2019 berjaya merekodkan 169.4 juta, Twitter (106.5 juta), Instagram (132.4 juta) dan menerusi platform YouTube menyiarkan kejohanan selama 28 hari itu, mencatat lebih 700,000 juta jam tontonan.

    Perhatian diberikan dunia pada edisi terdahulu, menyaksikan Piala Asia 2023 berupaya membuka peluang kepada pemain watan menjenamakan diri sebagai pemain berkebolehan selain menjadi titik tolak permulaan kepada karier baharu di luar negara.

    Secara tidak langsung, perkara itu mampu menjadi elemen terpenting yang mendorong barisan pemain terutama yang masih muda berusaha memperbaiki mutu permainan, bagi memastikan diri terpilih untuk berpeluang memperagakan kehebatan sebenar di kejohanan itu nanti.

    Malah, legenda skuad ke-bangsaan Malaysia, Datuk Jamal Nasir Ismail, mencabar skuad Harimau Malaya membuktikan kepada dunia bahawa bola sepak Asia tidak hanya terhad kepada pasukan gergasi seperti Iran, Jepun, Korea Selatan, Australia dan Arab Saudi. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda