Friday, March 31, 2023
27.2 C
Brunei

-

Piala Canselor 2022 labuh tirai

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – Universiti Teknologi Brunei (UTB) menganjurkan pertandingan olahraga Piala Canselor 2022 selama tiga hari berturut-turut bermula 6 Mac hingga kelmarin di kawasan trek dan padang Kompleks Sukan Tutong.

Pertandingan olahraga terdiri daripada lempar cakera, lontar peluru, lembing, lari 1,500 meter, lari 800 meter, lari 200 meter, lari 100 meter, 400 meter dan 4×100 meter.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Naib Canselor UTB, Datin Paduka Profesor Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman; Naib Canselor UBD, Dr Hazri bin Haji Kifle; Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal; dan Raes Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB), Dr Haji Adanan bin Haji Basar.

Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Doa Selamat diikuti dengan pertandingan akhir olahraga lelaki 4×100 meter.

Manakala acara diakhiri dengan pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah oleh tetamu kehormat daripada empat buah institusi pengajian tinggi dan sesi bergambar.

Piala Canselor 2022 diadakan bertujuan untuk memotivasikan pembangunan, persaingan dan persatuan sukan dalam kalangan institusi pengajian tinggi. Pertandingan Piala Canselor terbuka kepada semua pelajar dan warga institusi pengajian tinggi di negara ini.

Datin Paduka Profesor Dr Hajah Zohrah menyampaikan pingat kepada pemenang. – Gambar serahanan UTB

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak. Seiichi Sano mula meluangkan...
- Advertisment -