Saturday, April 12, 2025
29.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Piala Emas: AS, Panama dominasi Kumpulan B

    LOS ANGELES, 16 Julai – Amerika Syarikat terselamat meskipun terlepas dua penalti untuk menewaskan Nicaragua 3-0 di Cleveland dan mara ke suku akhir Piala Emas sebagai pemenang Kumpulan B.

    Gol-gol daripada Joe Corona, Kelyn Rowe dan Matt Miazga telah menjulang skuad Amerika ke atas Nicaragua.

    Pemain Bruce Arena memasuki perlawanan itu dengan memerlukan kemenangan 3-0 untuk menjuarai kumpulan selepas Panama menang 3-0 ke atas Martinique di perlawanan pembukaan.

    Pada satu ketika ia kelihatannya mereka tidak akan mencapai objektif itu, tetapi tandukan pada minit ke-88 pemain pertahanan Chelsea, Miazga telah menyelamatkan pasukan itu daripada pertembungan dengan Costa Rica dalam suku akhir.

    Amerika Syarikat telah membuat ancaman awal apabila Rowe merembat tepat ke arah penjaga gol Nicaragua, Justo Lorente pada minit ketujuh.

    Antara aksi mendebarkan di depan gawang Nicaragua apabila pemain AS, Chris Pontius (depan) membuat percubaan akrobatik dalam aksi Kumpulan B Piala Emas CONCACAF. – AFP
    Antara aksi mendebarkan di depan gawang Nicaragua apabila pemain AS, Chris Pontius (depan) membuat percubaan akrobatik dalam aksi Kumpulan B Piala Emas CONCACAF. – AFP
    Pemain Panama, Gabriel Torres (kiri) mengelecek bola melepasi pemain Martinique, Sebastien Cretinoir di separuh masa kedua aksi Kumpulan B di Cleveland. – AFP
    Pemain Panama, Gabriel Torres (kiri) mengelecek bola melepasi pemain Martinique, Sebastien Cretinoir di separuh masa kedua aksi Kumpulan B di Cleveland. – AFP

    Dom Dwyer dan Zusi juga nyaris membuka jaringan, yang mana Zusi masuk ke petak bahaya tetapi mendapati percubaannya diselamatkan Lorente.

    Ia adalah Corona yang telah mendapat gol pembukaan pada minit ke-36.

    Hantaran lintang Alejandro Bedoya dari kanan menemui Corona, yang mana rembatannya terbias dan kemudian menembusi gawang lawan.

    Mereka menggandakan kelebihan pada minit ke-56, apabila Rowe, menewaskan Lorente bagi gol antarabangsa pertamanya.

    Tetapi dua peluang menerusi sepakan penalti separuh masa kedua disia-siakan.

    Percubaan penalti Dwyer, selepas penyerang itu dijatuhkan di dalam petak, dengan mudah diselamatkan Lorente.

    Selepas gol Rowe, Daniel Cadena menerima padah kerana bola terkena tangannya bagi memberikan satu lagi peluang kepada Amerika, tetapi percubaan Corona juga berjaya diselamatkan.

    Skuad Amerika mendapat kelebihan seorang pemain pada minit ke-85 selepas Luis Copete dilayakngkan kad kuning kedua, dan disusuli dengan gol Miazga tiga minit kemudian.

    Amerika Syarikat dan Panama keduanya menamatkan kumpulan dengan tujuh mata, tetapi Amerika menjuarai kumpulan dengan tujuh gol berbanding enam bagi Panama.

    Pasukan Panama menemui sasaran di akhir separuh masa pertama dan menambah dua gol di separuh masa kedua dalam kemenangan mereka ke atas Martinique, yang menamatkan di kedudukan ketiga kumpulan dengan tiga mata.

    Pemain pertahanan Panama, Michael Murillo telah membuka jaringan pada minit ke-44, menanduk masuk satu hantaran lintang dari Miguel Camargo.

    Gol-gol menerusu Abdiel Arroyo dan Gabriel Torres di separuh masa kedua telah memastikan tiga mata bagi Panama.

    Dua pasukan teratas dalam setiap tiga kumpulan mara ke suku akhir, bersama dua pasukan terbaik di tempat ketiga kumpulan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda