Piala Emas: Costa Rica menang tipis

LOS ANGELES, 21 JULAI – Jaringan dari Bryan Ruiz pada separuh masa kedua membantu Costa Rica mengalahkan Jamaica 1-0 dan menduduki tempat pertama dalam Kumpulan C pada kejohanan Piala Emas CONCACAF semalam di Stadium Exploria, Florida.

Costa Rica, terpaksa bertahan selepas penjaga gawang mereka, Leonel Moreira dilayangkan kad merah dan mereka hanya memerlukan seri untuk memenangi peringkat kumpulan.

Ruiz menjaringkan gol pada minit ke-53 menerusi hantaran dari rakan sepasukannya, Ariel Lassiter.

Moreira dibuang padang pada separuh masa kedua se-telah kesalahan handball di luar kotak penalti, dalam perlawanan yang ditangguhkan selama lebih dari dua jam kerana cuaca buruk di kawasan Orlando.

Kehilangan Moreira meninggalkan Costa Rica dengan hanya 10 pemain di padang selama 20 minit terakhir perlawanan.

Dalam perlawanan yang berasingan, Qatar mengalahkan Honduras 2-0 untuk memenangi Kumpulan D dan mara ke suku akhir.

Homam Ahmed dan Abdelaziz Hatem masing-masing menjaringkan gol untuk Qatar dan seterusnya akan menentang El Salvador di suku akhir.

Ahmed memberi kelebihan awal buat Qatar pada minit ke-25.

Ia menandakan perlawanan ketiga berturut-turut di mana juara Asia itu membuka jaringan. Hatem menjaringkan gol kedua, lima minit sebelum perlawanan tamat. – AFP

Aksi Adrian Mariappa dari Jamaica dan Joel Campbell dari Costa Rica ketika cuba melakukan tandukan di Stadium Exploria di Orlando, Florida, semalam. – AFP