Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Piala Emas: Dempsey inspirasi kemenangan AS

    LOS ANGELES, 23 Julai – Jaringan licik Clint Dempsey telah memastikan Amerika Syarikat (AS) kemenangan 2-0 ke atas Costa Rica pagi tadi dalam persaingan separuh akhir Piala Emas CONCACAF di Dallas, Texas.

    Final Rabu depan akan menyaksikan AS berdepan sama ada juara bertahan Mexico atau Jamaica, yang bertembung pagi esok di Pasadena, California.

    Costa Rico berjaya mengekang juara lima kali AS sehingga Jozy Altidore memecah kebuntuan pada minit ke-72, memanfaatkan pergerakan baik dari Dempsey.

    Dempsey yang dimasukkan bagi menggantikan Paul Arriola pada minit ke-66 dan kemudian menjadikan kehadirannya terasa, melepasi barisan pertahanan dan membuat umpanan gol kepada Altidore, yang kemudian menewaskan penjaga gol Costa Rica, Partrick Pemberton dengan sepakan rendah kaki kiri.

    10 minit kemudian, Dempsey, 34, menghasilkan satu sepakan percuma licik dengan membuat sepakan ke sudut bawah menewaskan Pemberton bagi jaringan antarabangsanya ke-57, menyamai rekod jaringan Landon Donovan dalam sejarah pasukan bola sepak lelaki AS.

    Clint Dempsey (28) meraikan jaringannya bersama Graham Zusi (kiri) dan Omar Gonzalez dalam persaingan separuh akhir Piala Emas CONCACAF menentang Costa Rica. – AP
    Clint Dempsey (28) meraikan jaringannya bersama Graham Zusi (kiri) dan Omar Gonzalez dalam persaingan separuh akhir Piala Emas CONCACAF menentang Costa Rica. – AP

    Dempsey menyaingi rekod itu di 136 kemunculan bersama skuad senior, 17 perlawanan lebih sedikit berbanding yang diperlukan Donovan untuk menjaringkan gol antarabangsanya ke-57.

    Selepas mengatasi persembahan sukar dari El Salvador pada suku akhir, pasukan AS telah menghasilkan permainan terbaik mereka dalam kejohanan itu menentang Costa Rica.

    Penjaga gol veteran, Tim Howard, Dempsey, Michael Bradley dan Darlington Nagbe kesemuanya disenaraikan bagi peringkat kalah mati oleh jurulatih Bruce Arena, yang mempunyai lebih banyak pengalaman berbandi pasukan yang beraksi dalam peringkat kumpulan.

    “Kami nyaris menjadikan perlawanan di tangan kami di separuh masa pertama,” kata jurulatih As itu. “Saya fikir semakin perlawanan menuju penghujung dan pemain lawan semakin letih, gol-gol mula hadir.”

    AS membalas kekalahan memalukan 4-0 mereka kepada Costa Rica dalam kelayakan Piala Dunia pada bulan November, final sebelum Jurgen Klinsmann dipecat sebagai jurulatih. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda