BERLIN, 24 APRIL – FA Jerman mengumumkan hari ini bahawa final piala kebangsaan, yang dijadualkan pada 23 Mei di Stadium Olympic Berlin, telah ditunda, tetapi mereka berharap ia dapat dilangsungkan musim ini tanpa kehadiran peminat.
Separuh akhir piala tersebut, yang dijadualkan pada minggu ini, telah ditunda apabila musim ini dihentikan pada pertengahan Mac kerana pandemik koronavirus. Pemegang piala, Bayern Munich, dan Bayern Leverkusen, Eintracht Frankfurt dan pasukan divisyen empat FC Saarbruecken telah mara ke pusingan separuh akhir. Fritz Keller, presiden Persatuan Bola sepak Jerman (DFB), berharap perlawanan separuh akhir dan final masih boleh dilangsungkan, meskipun tanpa kehadiran peminat.
Kelmarin, Liga Bolasepak Jerman mengumumkan bahawa mereka bersedia untuk menyambung Bundesliga pada 9 Mei. Mereka masih menunggu keputusan dari Konsulat, Angela Merkel selaku kerajaan dan pemimpin negara, tetapi FA Jerman berharap bahawa kejohanan piala kebangsaan akan diberikan kebenaran untuk dihabiskan.
“Ia sangat dikesali bahawa perlawanan khas (final) berkemungkinan akan diadakan tanpa peminat,” Keller berkata dalam kenyataan. “Jika perlawanan tersebut diberi kebenaran, kami tidak sabar untuk menonton final di ruang tamu buat kali pertama dalam sejarah kejohanan.” – AFP
