WUHAN, China, 28 Sept – Kejohanan seperti Piala Laver adalah ‘menarik’ bagi tenis wanita, kata pemain nombor satu dunia, Garbine Muguruza (gambar bawah) tetapi memberi amaran ia adalah sukar untuk memasukkannya dalam kalendar yang sudah padat.
Muguruza berkata dia telah menyaksikan beberapa klip dari Pasukan Eropah yang diketuai Roger Federer dan Rafael Nadal menentang Pasukan Dunia bagi perebutan gelaran itu hujung minggu lalu dalam stadium yang padat di Prague.
“Saya suka orang ramai pergi dan melihat tenis dan stadium penuh,” katanya. “Ia juga menarik untuk dimiliki tenis wanita.”
Tetapi pemain dari Sepanyol itu, yang bercakap di Terbuka Wuhan di China, memberi amaran ia adalah sukar untuk mencari tarikh.
“Ia adalah sukar untuk menyatakan bila kami boleh melakukannya. Tidak mengira apa yang mahu anda lakukan dengan jadual kami, ia begitu sukar,” dia memberitahu AFP.
Format Piala Laver, yang sama dengan Piala Ryder untuk sukan golf, menyaksikan Rafael Nadal, Roger Federer, Alexander Zverev, Marin Cilic, Dominic Thiem dan Tomas Berdych mewakili Pasukan Eropah menentang Pasukan Dunia yang diwakili Sam Querrey, John Isner, Nick Kyrgios, Jack Sock, Denis Shapovalov dan Frances Tiafoe. – AFP