Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Piala Liga permulaan bagi Man City

    LONDON, 27 Feb – Manchester City tidak terlepas dengan keraian Piala Liga mereka, pemain tengah, Kevin De Bruyne mendedahkan, dengan sasaran yang lebih besar dalam perlawanan mereka untuk musim seterusnya.

    City menjulang piala pertama era Pep Guardiola dengan menewaskan Arsenal 3-0 di Wembley Ahad lalu.

    Bagaimanapun, trofi kedua dalam Liga Perdana hanyalah menunggu masa sahaja dengan City telah mencatatkan 13 mata mendahului Manchester United dengan berbaki satu lagi perlawanan.

    Dan para pemain Guardiola ini juga dijangka melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas menumpaskan Basel 4-0 di tempat lawan dalam pusingan pertama Liga Juara-Juara.

    “Agak tenang,” kata De Bryune mengenai keraian di bilik persalinan City selepas empat hari sebelum pertemuan dengan Arsenal dalam Liga Perdana.

    Pasukan Manchester City meraikan kejuaraan mereka di Piala Liga selepas berjaya menumpaskan Arsenal di Wembley, London. – AP

    “Sangat indah apabila meraih kemenangan tetapi itu baru permulaan, masih banyak lagi perlawanan yang bakal dihadapi dan esok ada satu lagi permainan.

    “Sangat bagus dengan gelaran baharu diraih, kami mengharungi musim yang indah sehingga kini dan saya berpendapat kami layak untuk itu.

    “Kini kami mesti terus berjuang dan cuba memenangi Liga Perdana dan cemerlang dalam Liga Juara-Juara.”

    Revolusi Guardiola di Stadium Etihad telah membina sebuah pasukan yang bersedia untuk bersaing bagi penghormatan buat tahun-tahun mendatang dengan merekrut lebih banyak pemain muda yang mahal seperti Leroy Sane, Gabriel Jesus, Bernardo Silva, John Stones dan Aymeric Laporte.

    Bagaimanapun tiga pemain lama City yang menjaringkan gol di Wembley iaitu Sergio Aguero, Vincent Komopany dan David Silva berhasil memeterai kejayaan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda