AMSTERDAM, 31 JULAI – PSV Eindhoven kelmarin menewaskan Ajax 5-3 untuk menjulang Piala Super Belanda di Johan Cruyff Arena di Amsterdam dengan kedua-dua kelab gergasi Belanda Eredivisie itu di bawah pengurusan baharu.
Ruud van Nistelrooy mengambil alih PSV pada Mei, manakala juara Belanda, Ajax, kini dilatih oleh Alfred Schreuder, yang menggantikan Erik ten Hag, pengurus baharu bekas kelab van Nistelrooy, Manchester United.
Hatrik daripada Guus Til dengan asissts daripada gerakan cantik Cody Gakpo dan rekrut remaja baharu dari Paris Saint-Germain, Xavi Simons mengesahkan PSV untuk meraih Piala Super ke-13 mereka.
Steven Bergwijn dari Ajax yang ditandatangani dari Tottenham Hotspur dengan harga 31 juta euro musim panas ini, membuka jaringan selepas suku jam, dengan Til meletakkan PSV mendahului 2-1 pada separuh masa.
Ajax kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-54 hasil daripada pemain sayap Brazil mereka, Antony sebelum terperangkap oleh gol Gakpo dan gol ketiga Til selepas tamat masa sejam perlawanan. Ajax menggegarkan stadium pada minit ke-72 apabila sepakan separuh voli yang mantap daripada Mohammed Kudus.
Tetapi Ajax yang dikurangkan kepada 10 pemain selepas Calvin Ughelumba dibuang padang ketika berbaki 11 minit pada masa itu, tidak dapat melengkapkan kebangkitan semula mereka apabila penyudah Simons mengunci kemenangan PSV dengan gol kelima mereka sebelum tamat perlawanan. – AFP
