Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Piala Suzuki: Brunei hadapi Timor Leste

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Sept – Negara Brunei Darussalam akan berdepan dengan Timor Leste tahun depan dalam kempen kelayakan bagi Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFC) 2018 yang diberikan nafas baru.

    Berbeza dengan edisi sebelum ini, di mana pasukan-pasukan di tempatkan di dua buah negara selepas dibahagikan kepada dua kumpulan, kali ini pasukan-pasukan akan bermain dengan sistem ‘Home’ dan ‘Away’, menurut laman sesawang AFF.

    10 pasukan tetap akan dibahagikan kepada dua kumpulan, tetapi mereka bermain di laman sendiri dan laman luar, bergantung pada keputusan undian rasmi.

    Merujuk pada ranking terbaru selepas Piala Suzuki AFF 2016, Timor Leste dan Brunei akan bermain dalam kelayakan, yang akan diadakan secara ‘home away’.

    Tarikh bagi kedua perlawanan tahun depan itu adalah 3 hingga 11 September, yang merujuk pada kalender mingguan FIFA.

    Pemenang akan menyertai sembilan pasukan lain untuk diundi ke dalam dua kumpulan yang terdiri daripada lima pasukan setiap kumpulan.

    Format baru itu telah diumumkan Sabtu lepas, susulan Mesyuarat Majlis AFF ke-12, yang telah diadakan di Bali.

    Australia tidak akan menyertai Piala Suzuki AFF 2018, yang akan diadakan pada 8 November hingga 15 Disember.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda