Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Piala You-C1000 kembali lagi

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MEI – Saat yang dinanti-nantikan oleh pasukan-pasukan bola keranjang tempatan bakal tiba apabila kejohanan bola keranjang tempatan, Piala You-C1000 2022, bakal memulakan aksi perlawanan pada 25 Jun nanti.

    Kejohanan tahunan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam itu dianjurkan oleh Persatuan Bola Keranjang Brunei dengan tajaan daripada You-C1000.

    Menurut kenyataan Persatuan Bola Keranjang Brunei, selain daripada piala dan pingat, pemenang kejohanan berkenaan juga akan menerima hadiah wang tunai. Seperti tahun-tahun sebelumnya, kejohanan berkenaan akan mengetengahkan Kategori Lelaki dan Wanita Terbuka di mana dibukakan kepada penduduk Negara Brunei Darussalam yang mempunyai kad pengenalan Brunei atau permit kerja yang sah.

    Timbalan Presiden Persatuan Bola Keranjang Brunei, Lim Boon Teck dalam kenyataan berkenaan, menyatakan penghargaan kepada You C-1000 dan Hui Huang Enterprise di atas sumbangan mereka yang membolehkan persatuan untuk terus menganjurkan kejohanan yang berkualiti bagi para peserta dan penonton.

    Tarikh tutup bagi pendaftaran penyertaan kejohanan Piala You-C1000 2022 adalah pada pertengahan Jun. Yuran pendaftaran juga akan dikenakan bagi kedua-dua kategori yang dipertandingkan.

    Borang penyertaan bagi kejohanan dapat diperoleh di Gelanggang BBA di Batu Bersurat. Bagi mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, mereka boleh mengajukan pertanyaan kepada penganjur kejohanan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...