Menuju ke tahap muzikal baharu, seorang pemuzik kelahiran Jerman telah mencipta apa yang dipercayai sebagai piano grand terbesar di dunia.
Ia tanpa perlu disoal siasat, hanya satu sahaja di dunia ini di mana ia diletakkan di dinding dewan konsert di Latvia, piano besar itu menegak berbentuk keluli dan berada seolah-olah di pertengahan udara, di atas penonton. Untuk memainkan piano itu, pemain mestilah memanjat tangga curam dari tangga keluli ke balkoni piano tersebut.
Walaupun The Guinness Book of World Records belum lagi mengukur instrumen baharu itu namun rekod masih dipegang oleh piano milik David Klavins yang diperkenalkan pada tahun 1987. Model baharu mengikut standard piano Klavins itu merupakan piano Grand Concert 450i mempunyai ketinggian sekitar 4.5 meter, menjadikannya satu meter lebih tinggi berbanding yang sebelumnya.
Piano ciptaan sendiri itu dipasang di dewan konsert baharu di pesisir pelabuhan tepi laut Baltic dan bandar peranginan Ventspils. Piano tersebut lebih besar, bingkai keluli yang berwarna biru laut dan ketinggian sekitar enam meter tinggi. Piano itu turut mengeluarkan muzik yang kuat, berani dan gah.
Pencipta piano tersebut, berketurunan Latvia, bergiat aktif dalam muzik piano hampir sepanjang hayatnya, didorong oleh keinginan untuk menandingi instrumen pertama yang dicipta oleh Bartolomeo Cristofori dari Itali sekitar tahun 1700.


Baharu dan lebih menonjol
Dia mencipta piano menegak yang pertama pada tahun 1985. Sekarang di bengkelnya, Klavins Piano Manufaktura yang berpusat di bandar Vac di utara Budapest, dia merenung ciptaannya itu secara menegak.
Ia sebuah instrumen baharu yang menjadikannya sangat menonjol dan orang ramai akan dapat melihat setiap aksinya ketika memainkan instrumen tersebut.
“Setiap alunan bunyi muzik akan dapat didengar,” kata Klavins. Bakal memainkan piano tersebut Jumaat ini di Ventspils, di mana piano itu dipasang, dewan konsert itu dapat menampung sebanyak 1,000 penonton malah dewan itu juga menjadi tuan rumah kepada akademi muzik bagi bakat muda yang baharu muncul.
Dipamerkan buat pertama kali kepada orang awam, instrumen itu membuatkan peminat-peminat piano tidak sabar untuk menyaksikannya. Pemain piano, Lubomyr Melnyk dari Kanada, yang terkenal dengan teknik permainan piano yang menarik dan pantas akan menjadi yang pertama memainkan 450i itu pada minggu depan.
Satu daripada enam pemain piano dari Jerman juga akan menggunakan piano itu dalam persembahan ‘Six Pianos’ oleh Steve Reich.
Datuk Bandar Ventspils, Aivars Lembergs menaruh harapan bahawa piano itu akan mencipta rekod dan akan dapat membantu bandar pelabuhan itu menjadi sebuah destinasi pelancongan mesra keluarga.
“Kami berharap dapat menarik pencinta muzik asing juga,” tambahnya. – AFP