Wednesday, May 21, 2025
31.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Piawaian latihan perlu terkini, diiktiraf antarabangsa

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Muiz Matdani & Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MAC – Dalam usaha meningkatkan dan menambahkan keupayaan tahap kecergasan anggota Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) terutamanya Pasukan Gerak Khas (PGK), penambahbaikan latihan dan keperluan PGK terutama daripada aspek logistik dan prasarana perlu dititikberatkan.

    Sehubungan itu, piawaian dan standard latihan hendaklah diberikan keutamaan di PGK, memastikan penggunaan piawaian yang terkini dan diiktiraf di peringkat antarabangsa dengan PGK diharapkan mempunyai kepakaran menetapkan piawaian sedemikian.

    Perkara itu ditekankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
    Darussalam ketika berkenan mengurniakan titah pada lawatan tidak berjadual ke Kompleks Pasukan Gerak Khas, PPDB, di Kampung Sungai Akar hari ini.

    Baginda Sultan menegaskan ia adalah antara beberapa perkara yang perlu ditangani dan diambil tindakan sewajarnya oleh semua pihak yang berkenaan dalam PPDB.

    “Namun demikian, masih terdapat isu-isu dan permasalahan yang memerlukan perhatian dan tindakan sewajarnya. Pada hemat Beta, adalah penting bagi Pasukan Polis Diraja Brunei memiliki dasar latihan yang mantap, antara lain dasar ini memberikan ketetapan daripada segi pemilihan pegawai dan anggota yang layak untuk mengikuti apa jua latihan-latihan yang bersifat mandatori dalam Pasukan Polis Diraja Brunei.”

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan berinteraksi dengan salah seorang anggota PGK semasa lawatan tidak berjadual ke Kompleks PGK di Kampung Sungai Akar.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mengurniakan titah semasa lawatan tidak berjadual ke Kompleks PGK di Kampung Sungai Akar.
    Baginda Sultan berkenan menyaksikan latihan yang dijalankan PGK semasa lawatan tidak berjadual ke Kompleks PGK di Kampung Sungai Akar.
    Baginda Sultan berkenan melambai ke arah kakitangan di Biro Mencegah Rasuah selepas lawatan ke agensi itu.

    PPDB perlu memiliki dasar latihan yang mantap dengan piawaian latihan diberi keutamaan ke atas Pasukan Gerak Khas (PGK), Perancangan Gerakan Operasi dalam menggubal dan menetapkan dasar serta piawaian berkaitan PGK dan Rancangan Pelapis Kepimpinan PGK dibuat dengan segera.

    “Oleh itu, pihak atasan Pasukan Polis Diraja Brunei perlu menetapkan piawaian atau standard bagi setiap jenis latihan yang akan dijalankan,” tekan Baginda.

    Baginda menekankan PGK perlu harus sentiasa peka terhadap harapan tinggi rakyat dan penduduk ke atas para anggotanya yang bertanggungjawab memastikan keselamatan dan keamanan negara ini.

    “Jika ada, siapakah yang bertanggungjawab menentukan mereka benar-benar pakar dalam perkara seperti ini? Jika ada, bagaimanakah PGK memastikan selama ini bahawa latihan-latihan yang dikendalikan olehnya telah pun mencapai piawaian yang telah ditetapkan?

    “Beta mahu Jabatan Gerakan untuk membuat perancangan-perancangan gerakan atau operasi bagi jangka masa pendek dan panjang. Dalam menggubal dan menetapkan dasar serta piawaian berkaitan dengan latihan di PGK,” titah Baginda.

    Baginda turut menyambut baik PGK dalam menambahbaikkan ketangkasan dan meningkatkan profesionalisme melalui latihan bersama.

    “Beta gembira mendengar bahawa adanya latihan bersama yang telah dibuat oleh PGK dengan Rejimen Pasukan Khas Angkatan Bersenjata Diraja Brunei supaya dapat bertukar-tukar pandangan, keupayaan dan ilmu pengetahuan, dan menambahbaikkan ketangkasan serta meningkatkan profesionalisme masing-masing.

    “Beta menyambut baik perancangan PGK, bukan sahaja membuat latihan dalam pasukan dalam negara bahkan juga dengan pasukan-pasukan elit dari negara-negara sahabat, serantau dan antarabangsa,” titah Baginda.

    Baginda menekankan bahawa mana-mana organisasi wajar memiliki pemimpin yang berwibawa lebih-lebih lagi dalam mengetuai sebuah pasukan elit.

    “Berdisiplin, menjaga kebajikan anggota dan mendengar permasalahan anggota bawahan adalah merupakan antara ciri-ciri penting dalam memandu pasukan elit ini. Menjauhi sikap mementingkan diri sendiri dengan sesuka hati mengubah dasar yang sedia ada mengikut kemampuan sendiri adalah perbuatan yang kurang wajar. Arahan dan hukuman yang dikeluarkan mudah berubah dari semasa ke semasa dengan sesuka hati dan tidak mengikut prosedur tetap SOP juga perlu dihindari.

    “Misalnya, fitness training yang telah ditetapkan kepada para anggota PGK membuat larian sejauh tiga kilometer dengan lengkap mengenakan pakaian khas PGK telah diubah dengan hanya berlari sejauh 1.6 kilometer dan tidak mengenakan pakaian lengkap pasukan dengan hanya memakai ves sahaja adalah tidak seharusnya terjadi malah boleh menjejaskan standard keupayaan ketahanan fizikal anggota.

    “Oleh itu, pada hemat Beta, pihak atasan Pasukan Polis Diraja Brunei hendaklah membuat rancangan pelapis kepimpinan di PGK dengan segera. Calon pelapis kepimpinan PGK bukan hanya matang bahkan betul-betul layak serta memiliki mutu kepimpinan sesuai dengan penganugerahan beret dan lencana PGK. Bukan kerana berdasarkan pilih kasih atau kroni. Beta mengharapkan supaya PGK mempunyai the right officers in the right post.”

    Baginda juga bertitah mengingatkan supaya pegawai atasan komited dalam menangani segala masalah anggota dan prasarana yang terdapat di dalam PGK.

    “Antaranya ialah masalah yang terdapat di Kompleks PGK Sungai Akar seperti masalah air, struktur bangunan, kompleks, padang tembak dan Close Quarter Battle (CQB) yang bersesuaian perlu diberikan keutamaan. Manakala kawasan obstacle course perlu ditambah dan diperbaiki keadaannya supaya benar-benar dapat memberikan mutu latihan yang berkesan.

    “Jika semua kelengkapan dan infrastruktur dalam keadaan baik, setentunya ia akan menjamin keselamatan dan menaikkan moral anggota ketika membuat latihan. Dalam menentukan keselamatan dalam latihan ini, adakah sudah terdapat training safety regulation di Pasukan Polis Diraja Brunei di PGK? Jika ada, Beta mahu perancangan untuk merangkanya dibuat dengan segera.”

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia turut menekankan perhatian khusus juga perlu diberikan terhadap aset-aset operasi lain seperti kenderaan yang didengar sering tidak mencukupi.

    “Adalah cukup menghairankan jika PGK hanya mempunyai beberapa buah kenderaan yang benar-benar operational sehingga ada ketikanya terpaksa meminjam dari Jabatan Perisikan Jenayah.

    “Jika ini benar, bukankah ia menjejaskan keberkesanan operasi PGK dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab? Bagaimanakah PGK dapat berfungsi seperti yang diharapkan sedangkan tidak mempunyai kenderaan yang mencukupi dan berfungsi dengan baik?

    “Beta mahu semua yang dibangkitkan ini dapat ditangani dan diambil tindakan sewajarnya oleh semua pihak yang berkenaan. Apa pun perancangan untuk menambahbaikkan PGK seperti perkembangan sumber tenaga manusia, perolehan kelengkapan dan kenderaan serta pemeliharaan prasarana bukan hanya dibuat atas kertas sahaja. Beta mahu semua perkara ini diambil perhatian dan setiap perkembangan dimaklumkan kepada Beta.

    “Pihak-pihak yang berkepentingan perlu memberikan kerjasama dalam memastikan perancangan ini berjalan dengan berkesan supaya PGK dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi sebuah pasukan elit setaraf dengan pasukan-pasukan elit di rantau ini.
    “Akhirnya, Beta berdoa semoga Allah SWT, sentiasa memberikan perlindungan dan keberkatan kepada PGK dan kita semua. Amin Yaa Rabbal Alamin.

    “Saya sukacita melihat tadi yang mana banyak anggota-anggota di sini adalah cekap dan very fit terutama anggota-anggota bawahan. Syabas!,” tekan Baginda di penghujung titahnya.

    Pada keberangkatan itu, Baginda Sultan turut berkenan menyaksikan peralatan dan senjata pasukan tersebut.

    PGK PPDB antara lain berperanan melindungi keselamatan Baginda Sultan dan kerabat diraja, memerangi pengganasan, penjenayah dan militan.

    Pada awal penubuhannya pada tahun 1974, pasukan tersebut dikenali sebagai Bahagian Polis Khas. Pada tahun 1980, nama pasukan berkenaan diubah menjadi Pasukan Gerak Khas.

    Dari Kompleks Pasukan Gerak Khas, PPDB, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan berangkat mengadakan lawatan kerja ke Biro Mencegah Rasuah (BMR) di Berakas. BMR ditubuhkan pada 1 Februari 1982, dan adalah agensi antirasuah keempat yang ditubuhkan di rantau Asia Pasifik.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/scatter-hitam/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-zeus/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-garansi-kekalahan/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-5k/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-10k/