Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    PIBG Yayasan adakan Taklimat SPN21

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Feb – Bagi menerangkan mengenai Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21 (SPN21), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) petang tadi telah mengadakan Taklimat SPN21 yang telah berlangsung di dewan serba guna sekolah berkenaan.

    Taklimat itu disampaikan oleh Ketua Unit SPN 21, Pejabat Menteri Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Pengiran Hajah Mashayu binti Pengiran Haji Yusof.

    Beliau dalam taklimat itu menyentuh mengenai Wawasan Brunei 2035 yang mana salah satu matlamatnya adalah untuk mempunyai rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi.

    Menurutnya, untuk mencapai matlamat ini, haruslah menghasilkan sistem pendidikan kelas pertama di samping memberikan peluang pendidikan yang saksama.

    Beliau juga turut menyentuh mengenai hala tuju dan kemapanan bagi SPN21 nanti.

    Antara ibu bapa dan penjaga yang hadir.

    Hadir di majlis itu ialah Ketua Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan, Hajah Noridah binti Abdullah; Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah YSHHB, Awang Noorhaizamdin bin Haji Mohd Mosbi; Pengerusi Majlis PIBG, Dato Paduka Haji Shofry bin Haji Abdul Ghafor serta lebih 300 orang ibu bapa dan guru.

    Taklimat juga bertujuan memberikan kefahaman tentang sistem pendidikan masa kini yang dihasratkan untuk membantu negara dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035.

    Di samping itu juga untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan penjaga serta para guru untuk berinteraksi dengan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan agar mereka dapat bertanya soalan berhubung sistem pendidikan dan cara mengimplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda