NEUBEUERN – Laurent Schwarz, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang mungkin masih memakai lampin namun berjaya meraih populariti di media sosial dengan hasil lukisannya sehingga digelar ‘Picasso mini’ di Jerman. Di sebuah studio yang telah disediakan oleh ibu bapanya di rumah mereka di bandar Bavaria, Neubeuern, kanak-kanak itu sibuk mencipta karya seni yang berwarna-warni, sering

