Pelakon veteran Indonesia, Pierre Gruno terlepas hukuman penjara selepas mangsa pukul melibatkannya bersetuju menarik balik kes berkenaan semasa di mahkamah.
Peguam Pierre memaklumkan keluarga aktor itu berjaya menjejak mangsa untuk membuat permohonan maaf selain merayu kepadanya agar menarik semula laporan dibuat.
“Selama 20 hari keluarga Pierre cuba berusaha menghubungi dan berbincang dengan mangsa bagi menyelesaikan kes itu dengan baik.
“Mereka turut memohon maaf bagi pihak Pierre selain memberitahu pelakon itu menyesal dengan apa yang berlaku.
“Mangsa sangat baik hati dan menerima maaf yang dihulurkan. Dia setuju kes itu diselesaikan luar mahkamah,” katanya.
Dalam pada itu, Pierre turut menyatakan kekesalan atas tindakan memukul mangsa sebelum ini.
Untuk rekod, Pierre berdepan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan memukul mangsa.
Kejadian pada 30 Jun lalu itu berlaku susulan Pierre tidak selesa dirinya diperhatikan mangsa sebelum bertindak memukulnya. – Agensi


