Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pieterse digantung permainan selama 12 minggu

    PARIS, 30 SEPT – Castres lock Ryno Pieterse digantung permainan selama 12 minggu selepas melakukan serangan yang berbahaya bulan lepas menentang Bordeaux-Begles,umum Liga Kebangsaan Ragbi Perancis (NRL).

    Pemain Afrika Selatan yang berusia 23 tahun itu menerima kad merah dalam minit ke-64 dalam keputusan seri 23-23 menentang Bordeaux-Begles pada 18 Sept atas sebab melakukan serangan yang berbahaya terhadap Maxime Lucu.

    Lucu baru sahaja menendang bola ketika Pieterse menerkamnya dengan menggunakan bahu.

    Lucu terpaksa meninggalkan perlawanan tersebut, namun seminggu kemudian dia disahkan dapat bermain menentang Brive dalam 20 minit terakhir.

    Ahli jawatankuasa disiplin NRL mendapati Pieterse bertanggungjawab atas kesalahan permainan yang berbahaya, menurut kenyataan.

    Pada awalnya jawatankuasa disiplin menggantungnya daripada bermain selama 24 minggu, namun mengurangkannya atas sebab disiplin yang baik daripada Pieterse dan permohonan maafnya kepada Lucu. – AFP

    Pemain tengah Castres Villimoni Botitu diasak dalam perlawanan menentang pasukan Stade Francais. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda